PERTUBUHAN MUALANG MALAYSIA YANG DIKETUAI OLEH TUAN RIZAL BERSAMA AHLI MUALANG HADIR MAJLIS JAMUAN MESRA SEMPENA MERAIKAN HARI KEPUTERAAN KE-61 DYMM TUANKU SULTAN JOHOR DI MUAR PADA 23-11-2019.
PERTUBUHAN MUALANG MALAYSIA YANG DIKETUAI OLEH TUAN RIZAL BERSAMA AHLI MUALANG HADIR MAJLIS JAMUAN MESRA SEMPENA MERAIKAN HARI KEPUTERAAN KE-61 DYMM TUANKU SULTAN JOHOR DI MUAR PADA 23-11-2019. DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah menegaskan betapa pentingnya usaha mengekalkan keharmonian dan perpaduan rakyat di negara ini. Pada Majlis Jamuan Mesra Bersama Rakyat Muar hari ini (23 November), yang dihadiri lebih 2,000 orang, Baginda Tuanku Sultan menekankan tiga perkara penting. DYMM Sultan Johor bertitah, pertama hormati kedaulatan Raja-Raja Melayu yang telah bertolak ansur memberikan kuasa kepada pemimpin yang dipilih rakyat untuk mentadbir kerajaan. “Kedua, hormati kemuliaan agama Islam yang telah bertolak ansur untuk membenarkan agama lain diamalkan dengan aman. “Ketiga, hormati keistimewaan orang Melayu yang telah bertolak ansur untuk berkongsi hidup dengan orang lain di tanah Melayu ini,” titah Baginda Tuanku Sultan. DYMM Sultan ...