MUALANG MALAYSIA MENYELAMATKAN KENDERAAN MILIK WANITA DARIPADA GENG MAFIA THAILAND.
MUALANG MALAYSIA MENYELAMATKAN KENDERAAN MILIK WANITA DARIPADA GENG MAFIA THAILAND.
BACHOK : Tiga Individu daripada Ahli Mualang Negeri Kelantan sanggup mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan sebuah kenderaan Perodua Myvi yang telah diambil oleh kumpulan Mafia di sebuah Premis Pengkalan Bot, Sg Golok, Thailand milik seorang wanita dari Kota Bharu, Kelantan pada 19-01-2019 @ 03:00 Petang.
Mereka ini boleh dianggap sebagai hero kerana menyelamatkan kenderaan mangsa yang sekian lama telah dijadikan sindiket jual beli kenderaan secara haram oleh satu kumpulan Kongsi Gelap di Kelantan yang menyebabkan mangsa kenderaan terpaksa menanggung hutang Bank dan berdepan dengan Muflis.
“Hero Mualang Malaysia, Hero Kelantan,” Kata Syed Ahmad yang turut memuji sikap mereka bertiga yang sanggup berbakti kepada masyarakat.
Tuan John (Penasihat Mualang Malaysia) mengucapkan terima kasih kepada Mualang Thailand, Askar dan Polis Thailand kerana turut bekerjasama membantu mengesan kenderaan terbabit.
Dato Amir (Presiden Mualang Malaysia) dan Tuan Abu Bakar (Timbalan Presiden Mualang Malaysia) mengucapkan Syabas dan Tahniah kepada mereka bertiga kerana berjaya membawa balik kenderaan milik mangsa. Kerja-kerja amal ini perlulah dijadikan contoh kepada semua masyarakat agar mempunyai sikap yang lebih bertanggungjawab dan suka membantu.
By: Pertubuhan Kebajikan Muafakat Terbilang Malaysia @ Mualang Malaysia.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1513721348761341&id=870175609782588
Comments
Post a Comment