PERTUBUHAN KEBAJIKAN MUAFAKAT TERBILANG MALAYSIA - MUALANG MALAYSIA


PERTUBUHAN KEBAJIKAN
MUAFAKAT TERBILANG MALAYSIA
(MUALANG MALAYSIA)


PENGENALAN MUALANG MALAYSIA

PERTUBUHAN KEBAJIKAN MUAFAKAT TERBILANG MALAYSIA (MUALANG MALAYSIA) TELAH DITUBUHKAN PADA 06/04/2016 DENGAN NO. PENDAFTARAN  : PPM-003-14-06042016 DAN ALAMAT TERKINI IBU PEJABAT MUALANG MALAYSIA ADALAH DI SUITE 15-8, 15TH FLOOR MENARA KIARA, 1 JALAN KIARA, MONT KIARA, 50480 KUALA LUMPUR. NO TEL PEJABAT MUALANG MALAYSIA ADALAH +603-62113036 MANAKALA IMEL RASMI ADALAH MUALANGMALAYSIA@GMAIL.COM. JENIS AKAUN BANK MUALANG MALAYSIA ADALAH CIMB BANK BERHAD IAITU NO AKAUN 86-0290351-1.


VISI DAN MISI MUALANG

PERTUBUHAN INI ADALAH MEWUJUDKAN AHLI DAN MASYARAKAT PELBAGAI ETNIK HIDUP BERMUAFAKAT DENGAN JAYANYA DAN MISINYA ADALAH 1) MENJAGA KEBAJIKAN AHLI DAN MASYARAKAT PELBAGAI ETNIK DENGAN JAYANYA, 2) MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB YANG DIAMANAHKAN DENGAN CEKAP DAN CEMERLANG, 3) BERAZAM UNTUK MENYELESAIKAN PELBAGAI ISU & MASALAH MASYARAKAT DENGAN JAYANYA (DOKTOR MASYARAKAT) DAN 4) MEMASTIKAN MASYARAKAT MALAYSIA PELBAGAI ETNIK DAN AGAMA HIDUP BERSATU PADU. SLOGAN PERTUBUHAN MUALANG MALAYSIA ADALAH “PENYATUAN MASYARAKAT @ UNITE THE SOCIETY”.


OBJEKTIF MUALANG

OBJEKTIF PERTUBUHAN MUALANG MALAYSIA ADALAH 1) MENJAGA KEBAJIKAN AHLI & MASYARAKAT DALAM KEBAJIKAN SOSIAL, EKONOMI, PERUNDANGAN, KHIDMAT NASIHAT DLL, MENJADI PERANTARAAN PERHUBUNGAN DI ANTARA MASYARAKAT DENGAN PIHAK KERAJAAN DAN SWASTA SERTA MENERIMA SEMUA PENGADUAN AWAM DAN KEPENGGUNAAN DARIPADA MASYARAKAT, 2) MEMBERI PENDIDIKAN, MODAL INSAN DAN LATIHAN YANG BERGUNA KEPADA MASYARAKAT, MENYELESAIAN PELBAGAI ISU DAN MASALAH MASYARAKAT DAN MENJADI SALAH SEBUAH PERTUBUHAN YANG BERJAYA, MAJU DAN BERDAYA SAING, 3) MENEGAK DAN MEMPERJUANGKAN SYIAR ISLAM IAITU AGAMA RASMI SESUAI DENGAN AJARAN AL-QURAN DAN AL-HADIS SERTA MENWUJUDKAN TAAT SETIA YANG KUKUH DAN TIDAK BERBELAH BAHAGI KEPADA KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA YANG DIPERTUA AGONG, SULTAN-SULTAN DAN RAJA-RAJA MELAYU, KERAJAAN DAN PEMERINTAH DAN MEMATUHI PERLEMBAGAAN DAN PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA, 4) MEMBENTUK ANAK BANGSA PELBAGAI ETNIK DAN BUDAYA KE ARAH YANG BERMORAL DAN BERIKTIKAF KEPADA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA SERTA MENGANJURKAN PELBAGAI KERJA DAN USAHA AMAL KEBAJIKAN UNTUK FAEDAH AHLI-AHLI SERTA MASYARAKAT MALAYSIA DAN JUGA MENJANA EKONOMI DI DALAM PERTUBUHAN INI, 5) MEMUPUK DISIPLIN DIRI, KEPIMPINAN DAN KECERGASAN FIZIKAL DI KALANGAN AHLI-AHLI SERTA MENGGALAKKAN AHLI-AHLI MENGISI WAKTU LAPANG MEREKA DENGAN KEGIATAN YANG LEBIH BERFAEDAH DAN BERMANFAAT, 6) MENWUJUDKAN HUBUNGAN ETNIK YANG BERSATU PADU TANPA MENGIRA AGAMA, BANGSA, BUDAYA DAN SEBAGAINYA DALAM MENJADIKAN SEBUAH NEGARA MALAYSIA YANG LEBIH HARMONI SERTA MENJALANKAN PELBAGAI AKTIVITI SOSIAL YANG BERFAEDAH DI PERINGKAT CAWANGAN, DAERAH, NEGERI DAN KEBANGSAAN, 7) MENJALANKAN KERJA-KERJA AMAL UNTUK MENCAPAI MATLAMAT PERTUBUHAN, MEMBERI BANTUAN KEPADA GOLONGAN YANG KURANG BERKEMAMPUAN DAN MENGANJURKAN PROGRAM DAN AKTIVITI KESIHATAN DENGAN TUJUAN MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG SIHAT DAN 8) MENGADAKAN PROGRAM DAN AKTIVITI YANG BERUNSURKAN PENDIDIKAN BAGI MELAHIRKAN GENERASI YANG BERKUALITI DAN DAPAT MENYUMBANGKAN KE ARAH KEMAJUAN NEGARA, MEMUPUK NILAI-NILAI MURNI KEPADA KANAK-KANAK DAN ORANG-ORANG DEWASA BAGI MELAHIRKAN GENERASI YANG BERHEMAH TINGGI DAN MENJALANKAN PROGRAM DAN AKTIVITI KE ARAH PEMBENTUKAN SAHSIAH DAN JATI DIRI.


KATEGORI KEAHLIAN

MUALANG MALAYSIA ADALAH BOLEH DISERTAI OLEH MANA-MANA INDIVIDU ATAS KATEGORI AHLI BIASA, AHLI SEUMUR HIDUP, AHLI BERSEKUTU, AHLI REMAJA, AHLI KEHORMAT DAN AHLI SUKARELAWAN TANPA MENGIRA BANGSA, AGAMA, POLITIK DAN SEBAGAINYA KECUALI YANG MEMPUNYAI WANTED POLIS.


SOKONGAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN)

PERTUBUHAN MUALANG MALAYSIA JUGA TURUT DIBERI SOKONGAN SEPENUHNYA OLEH KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN PUTRAJAYA) DALAM MENJALANKAN AKTIVITI SOSIAL DAN KERJA-KERJA KHIDMAT KEMASYARAKATAN OLEH PERTUBUHAN INI YANG MANA SURAT SOKONGAN TERSEBUT TELAH DITANDATANGANI PADA 22 FEBRUARI 2017 NO SURAT: MDN/MOHA/SUPOL/16/01-JLD.2(369).


AKTIVITI KEBAJIKAN, SUKAN & SOSIAL YANG DIJALANKAN MUALANG MALAYSIA

PELBAGAI AKTIVITI TELAH DIJALANKAN OLEH PIHAK MUALANG MALAYSIA PADA TAHUN 2016 ADALAH SEPERTI MAJLIS SANTAI MUAFAKAT ETNIK DI SELANGOR (KUALA LANGAT, KLANG, SHAH ALAM, AMPANG JAYA, GOMBAK, KAJANG, SUBANG JAYA, PETALING JAYA), MAJLIS SANTAI MUAFAKAT ETNIK DI KUALA LUMPUR (SENTUL, WANGSA MAJU), MAJLIS SANTAI MUAFAKAT ETNIK DI MELAKA, MAJLIS SANTAI MUAFAKAT ETNIK DI KELANTAN (PASIR MAS, TUMPAT, BACHOK), PERTANDINGAN BOLA SEPAK, PERTANDINGAN SUKAN DOMINO, SEMINAR PENERANGAN UNDANG-UNDANG JENAYAH DAN KONGSI GELAP DI SELANGOR (KUALA LANGAT, KLANG, SHAH ALAM), SEMINAR PENERANGAN UNDANG-UNDANG JENAYAH DAN KONGSI GELAP DI MELAKA, RUMAH TERBUKA HARI RAYA ADILFIRI MUALANG MELAKA,  RUMAH TERBUKA HARI RAYA ADILFIRI MUALANG MALAYSIA PUSAT DAN SEBAGAINYA

PADA TAHUN 2017 ADALAH SEPERTI MENGANJURKAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR, PERTANDINGAN DOMINO, PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW, PERTANDINGAN MEMANAH, SUKAN BERKUDA, PERTANDINGAN PINGPONG, PERTANDINGAN KARAOKE, PERTANDINGAN MOTOR SHOW KLASIK, PERTANDINGAN PERTUNJUKAN AUTO SHOW KERETA PERODUA ALZA, MAJLIS DERMA DARAH MELAKA, PENGAGIHAN BANTUAN KEBAJIKAN DI KELANTAN, PENGAGIHAN BANTUAN KEBAJIKAN DI MELAKA, PENGAGIHAN KEBAJIKAN ASNAF DI KLANG, SUMBANGAN HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA ORANG MISKIN KLANG, BANTUAN KEWANGAN KEPADA MANGSA DIROBOHKAN KEDAI OLEH PBT DI BAYU PERDANA KLANG, LAWATAN KERJA RASMI MUALANG MELAKA KE ATAS KETUA POLIS KONTINJEN MELAKA, LAWATAN KERJA RASMI MUALANG DAERAH TUMPAT KE ATAS IPD TUMPAT, LAWATAN RASMI MUALANG SELANGOR KE ATAS IPD KLANG SELATAN, SEMINAR PENERANGAN UNDANG-UNDANG JENAYAH DAN KONGSI GELAP DI SELANGOR (KUALA LANGAT, KLANG, SHAH ALAM), MAJLIS SANTAI MUAFAKAT ETNIK DI SELANGOR (KUALA LANGAT, KLANG, SHAH ALAM, AMPANG JAYA, GOMBAK, KAJANG, SUBANG JAYA, PETALING JAYA) MAJLIS SANTAI MUAFAKAT ETNIK DI KUALA LUMPUR (SENTUL, WANGSA MAJU), MAJLIS SANTAI MUAFAKAT ETNIK DI MELAKA, MAJLIS SANTAI MUAFAKAT ETNIK DI KELANTAN (PASIR MAS, TUMPAT, BACHOK), RUMAH TERBUKA HARI RAYA ADILFIRI MUALANG MALAYSIA PUSAT, LAPORAN POLIS OLEH MUALANG MALAYSIA BERKAITAN ISU PENGHINAAN TERHADAP PDRM MELALUI FACEBOOK ATAS NAMA "AZMI RAMLI" BERSANGKUT BANTING REPOT/5049/17, LAPORAN POLIS OLEH MUALANG MALAYSIA BERKAITAN ISU PENGHINAAN TERHADAP PDRM MELALUI FACEBOOK ATAS NAMA "SHAMSUL AMERY" BERSANGKUT KLANG REPOT 18515/17, LAPORAN POLIS OLEH MUALANG MALAYSIA BERKAITAN ISU PENGHINAAN TERHADAP ORANG SABAH MELALUI FACEBOOK "MUHD FAZIL (MERAK TIGER)" BERSANGKUT PANDAMARAN REPOT 4545/17 DAN SEBAGAINYA

PADA TAHUN 2018 ADALAH SEPERTI MENGANJURKAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK DI KUALA LANGAT SELANGOR, PERTANDINGAN BOLA TAMPAR, PERTANDINGAN DOMINO, PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW, PENGAGIHAN BANTUAN KEBAJIKAN DI KELANTAN, PENGAGIHAN BANTUAN KEBAJIKAN DI KUALA LANGAT, PENGAGIHAN KEBAJIKAN ASNAF DI KLANG, MISI SUMBANGAN BANTUAN KEPADA ANAK-ANAK TAHFIZ DI MADRASAH ULUMUL QURAN WALAHADIAH RANTAU PANJANG KLANG, SOKONGAN SERAMAI 200 ORANG AHLI MUALANG DALAM KARNIVAL IPD KLANG SELATAN SEMPENA SAMBUTAN HARI POLIS KE-211 DI KOMPLEKS SUKAN PANDAMARAN KLANG SELANGOR, PERTUNJUKKAN MUAY THAI DALAM KARNIVAL IPD KLANG SELATAN SEMPENA SAMBUTAN HARI POLIS KE-211 DI KOMPLEKS SUKAN PANDAMARAN KLANG SELANGOR, LAWATAN KERJA RASMI MUALANG MELAKA KE ATAS SPRM MELAKA, SEMINAR PENERANGAN UNDANG-UNDANG JENAYAH DAN KONGSI GELAP DI SELANGOR (KUALA LANGAT, KLANG, SHAH ALAM), SEMINAR PENERANGAN UNDANG-UNDANG JENAYAH DAN KONGSI GELAP DI KELANTAN (BACHOK, TUMPAT, PASIR MAS, KOTA BHARU) MAJLIS SANTAI MUAFAKAT ETNIK DI SELANGOR (KUALA LANGAT, KLANG, SHAH ALAM, AMPANG JAYA, GOMBAK, KAJANG, SUBANG JAYA, PETALING JAYA) MAJLIS SANTAI MUAFAKAT ETNIK DI KUALA LUMPUR (SENTUL, WANGSA MAJU), MAJLIS SANTAI MUAFAKAT ETNIK DI MELAKA, MAJLIS SANTAI MUAFAKAT ETNIK DI KELANTAN (PASIR MAS, TUMPAT, BACHOK) RUMAH TERBUKA HARI RAYA ADILFIRI MUALANG MALAYSIA PUSAT, MAJLIS MINUM SANTAI MUALANG DAERAH MUAR JOHOR, MAJLIS MINUM SANTAI MUALANG DAERAH PASIR MAS, MAJLIS MINUM SANTAI MUALANG NEGERI KELANTAN DI BACHOK DAN SEBAGAINYA

PADA TAHUN 2019 ADALAH SEPERTI MENGANJURKAN MINUM SANTAI AHLI-AHLI MUALANG NEGERI MELAKA PADA 29-12-2018, PENGANUGERAHAN SIJIL PENGHARGAAN KEPADA PEMANGKU PENGERUSI MUALANG NEGERI MELAKA OLEH DCP DATUK WIRA RAJA SHAHROM BIN RAJA ABDULLAH (KETUA POLIS NEGERI MELAKA) PADA 27-12-2018, TAKLIMAT PENERANGAN TENTANG MUALANG MALAYSIA DI BACHOK, KELANTAN PADA 03-01-2019, MELAKSANAKAN SOLAT JENAZAH ARWAH ABD RAUF BIN MOHD DIAH (PESARA POLIS DIRAJA MALAYSIA) DI MASJID SETAPAK, KL PADA 11/01/2019 DAN SEBAGAINYA.


SEJARAH MUALANG MALAYSIA

KERJAYA DALAM BIDANG PERTUBUHAN SEMEMANGNYA PENUH DENGAN CABARAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT SEPERTI MANA YANG TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN, VISI, MISI DAN OBJEKTIF PERTUBUHAN INI.

MUALANG MALAYSIA SEBENARNYA TELAH AKTIF SEJAK TAHUN 2006 DENGAN KEAHLIANNYA YANG MERANGKUMI PELBAGAI ETNIK SEPERTI MELAYU, CINA, INDIA DAN LAIN-LAIN. MUALANG MALAYSIA MEMPUNYAI KELEBIHAN DAN KEUNIKAN TERSENDIRI DARI SEGI PENGURUSAN PENTADBIRAN, ORGANISASI, JAWATANKUASA, PENGWUJUDAN KELAB-KELAB DAN SEBAGAINYA.

LAMBANG ATAU LOGO MUALANG MEMPUNYAI MAKSUD TERSURAT DAN TERSIRAT. KEUNIKAN LOGO INI TURUT MELAMBANGKAN PERPADUAN, KESUCIAN, KEMEGAHAN, KEAGUNGAN, KEMULIAAN, KEKUATAN DAN KEBERANIAN BAGI PERTUBUHAN MUALANG MALAYSIA.

TUJUAN MUALANG MALAYSIA INI DITUBUHKAN ADALAH UNTUK MEMBANTU AHLI-AHLI PERTUBUHAN DAN MASYARAKAT DALAM MELIBATKAN HAL-HAL KEBAJIKAN DAN MENYELESAIKAN PELBAGAI MASALAH YANG DIHADAPI DENGAN JAYANYA.

PERTUBUHAN INI JUGA AKAN CUBA MENYELESAIKAN SEMUA PENGADUAN AWAM DAN KEPENGGUNAAN YANG DITERIMA DARIPADA AHLI-AHLI DAN MASYARAKAT AGAR MENCAPAI MISI, VISI DAN OBJEKTIF SEPERTI MANA YANG TELAH DITETAPKAN DI DALAM PERTUBUHAN INI.

MATLAMAT PERTUBUHAN JUGA TURUT DIISTILAHKAN SEBAGAI “DOKTOR MASYARAKAT” DALAM MENYELESAIKAN PELBAGAI ISU ATAU MASALAH YANG DIHADAPI OLEH AHLI DAN MASYARAKAT TIDAK MENGIRA JENIS KAUM, AGAMA DAN BUDAYA.

APA SAHAJA MASALAH YANG DIHADAPI AKAN DITERIMA OLEH PERTUBUHAN INI DAN AKAN DIRUJUK KEPADA PIHAK SEPATUTNYA SEPERTI JABATAN KERAJAAN, PIHAK PENGGUATKUASA, PIHAK POLITIK, AGENSI SWASTA DAN SEBAGAINYA DALAM MENCAPAI JALAN PENYELESAIAN YANG MAKSIMUM.

OLEH ITU, KAMI JUGA MENYERU KEPADA SEMUA MASYARAKAT SUPAYA BERSAMA-SAMA MENYERTAI PERTUBUHAN INI DALAM MELAKSANAKAN PELBAGAI PROGRAM DAN AKTIVITI DALAM MENJAGA KEBAJIKAN AHLI-AHLI PERTUBUHAN KHUSUSNYA DAN MASYARAKAT PELBAGAI ETNIK DI MALAYSIA SECARA AMNYA.


KEJAYAAN MUALANG MALAYSIA

MENYELESAIKAN LEBIH 207 KES PINJAMAN AH LONG (CETI HARAM) OLEH MASYARAKAT. MENYALURKAN LEBIH 358 MAKLUMAT JENAYAH, NARKOTIK, KOMERSIAL, PENYELUDUPAN, PENDATANG TANPA IZIN, PERDAGANGAN MANUSIA DAN SEBAGAINYA KEPADA PIHAK POLIS, IMIGRESEN, KASTAM, KPDNKK DAN LAIN-LAIN. MENYELESAIKAN LEBIH 156 KES MELIBATKAN GOLONGAN ASNAF SEPERTI FAKIR, MISKIN, AMIL, MUALLAF, RIQAB, FISABILILLAH, IBNUS SABIL DAN MUSAFIR. MENYELESAIAKAN LEBIH 135 KES PERGADUHAN MELIBATKAN MASYARAKAT BERPUNCA DARIPADA PELBAGAI MASALAH YANG MELIBATKAN KELUARGA, KONGSI GELAP DAN SEBAGAINYA. MENYELESAIKAN LEBIH 124 KES MELIBATKAN PENIPUAN WANG RINGGIT / URUSAN JUAL BELI KENDERAAN. MENYELESAIKAN LEBIH 179 KES MELIBAKAN KES TARIK KENDERAAN YANG TIDAK DIBAYAR OLEH PEMILIK KENDERAAN. MENYELESAIKAN LEBIH 209 KES MELIBATKAN SALAH FAHAM ATAU SELISIH FAHAM MELIBATKAN PERKAUMAN MELIBATKAN ETNIK MELAYU, CINA, INDIA DAN SEBAGAINYA. PELBAGAI KES LAIN LAGI YANG TELAH DISELESAIKAN OLEH PERTUBUHAN MALAYSIA MELIBATKAN MASYARAKAT TANPA MENGIRA BANGSA, AGAMA DAN POLITIK. (KEMASKINI TERAKHIR PADA 31-12-2018)


KERJASAMA DENGAN PDRM DAN PENGGUATKUASA

1.  LAPORAN POLIS OLEH MUALANG MALAYSIA BERKAITAN ISU PENGHINAAN TERHADAP PDRM MELALUI FACEBOOK ATAS NAMA "AZMI RAMLI" BERSANGKUT BANTING REPOT/5049/17.

2.  LAPORAN POLIS OLEH MUALANG MALAYSIA BERKAITAN ISU PENGHINAAN TERHADAP PDRM MELALUI FACEBOOK ATAS NAMA "SHAMSUL AMERY" BERSANGKUT KLANG REPOT 18515/17.

3.    SOKONGAN 200 ORANG AHLI MUALANG DALAM KARNIVAL IPD KLANG SELATAN SEMPENA SAMBUTAN HARI POLIS KE-211 DI KOMPLEKS SUKAN PANDAMARAN KLANG SELANGOR.

4.    LAWATAN KERJA RASMI MUALANG MELAKA KE ATAS KETUA POLIS KONTINJEN MELAKA 2017.

5.  PENGLIBATAN AHLI MUALANG MALAYSIA DALAM PDRM NIGHT RUN PADA 17 MAC 2018.

6.  KEJAYAAN AHLI MUALANG NEGERI KELANTAN MENGESAN DAN MENJUMPAI MOTOSIKAL CURI DI THAILAND MILIK ANGGOTA POLIS DIRAJA MALAYSIA 2018.

7.    LAWATAN KERJA RASMI MUALANG SELANGOR KE ATAS KETUA POLIS IPD KLANG SELATAN 2018.

8.    LAWATAN KERJA RASMI MUALANG DAERAH KUALA LANGAT KE ATAS IPD KUALA LANGAT 2018.

9.    LAWATAN NAIB PRESIDEN II MUALANG MALAYSIA KE ATAS KETUA POLIS IPD KLANG UTARA 2018.

10. PEMANGKU PENGERUSI MUALANG NEGERI MELAKA TELAH MENERIMA SIJIL PENGHARGAAN DARIPADA KETUA POLIS NEGERI MELAKA KERANA TELAH MENYALURKAN MAKLUMAT DADAH 39(B) ADB 1952 SEHINGGA DUA SUSPEK BERJAYA DITANGKAP.

LEBIH TIGA KALI PERTUBUHAN MUALANG MALAYSIA TELAH MEMBUAT LAPORAN POLIS APABILA PDRM TELAH DIHINA OLEH BEBERAPA INDIVIDU YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB MELALUI FACEBOOK DENGAN MEMBERI AMARAN KERAS SUPAYA TIDAK MENJATUHKAN IMEJ POLIS BAGI MEMASTIKAN NAMA PDRM TIDAK TERCALAR DAN DISALAH ANGGAP OLEH MASYARAKAT. KAMI JUGA AKAN MEMASTIKAN MARTABAT PDRM TIDAK TERCALAR KERANA PDRM MERUPAKAN SEBUAH PASUKAN YANG PERLU DIHARGAI KERANA TELAH BANYAK MEMBANTU MASYARAKAT DAN NEGARA DALAM PELBAGAI ANCAMAN JENAYAH DAN SEBAGAINYA.


RANCANGAN MASA HADAPAN

1. MEMBANTU PDRM DAN PENGGUATKUASA DI MALAYSIA DENGAN MENYALURKAN PELBAGAI JENIS MAKLUMAT JENAYAH SEPERTI KONGSI GELAP, DADAH, PENIPUAN, PENYELUDUPAN, PENDATANG TANPA IZIN DLL.

2. MEMBANTU KERAJAAN, PENGGUATKUASA & MASYARAKAT DALAM MELAKSANAKAN KERJA-KERJA AMAL SEPERTI BENCANA, KEBAKARAN, TANAH RUNTUH, BANJIR, KEMALANGAN JALAN RAYA, GOTONG ROYONG DAN SEBAGAINYA.

3.  MEWUJUDKAN PELBAGAI MAJLIS ATAU AKTIVITI MELIBATKAN GABUNGAN ETNIK SEPERTI MELAYU, CINA, INDIA DAN LAIN-LAIN AGAR MENCAPAI HUBUNGAN MUAFAKAT DENGAN LEBIH TERBILANG.

4. MELAKSANAKAN PROJEK PEMBINAAN RUMAH-RUMAH KOS RENDAH KEPADA GOLONGAN ORANG KURANG BERKEMAMPUAN DI ATAS TANAH MILIK SENDIRI.

5. MEWUJUDKAN KADET BERUNIFORM MUALANG DI PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN DAN MENENGAH DENGAN MENITIKBERATKAN DISIPLIN DAN MUAFAKAT MELALUI LATIHAN KAWAD DLL.

6. MEWUJUDKAN PEJABAT PERTANYAAN MUALANG SEBAGAI PERANTARAAN ANTARA MASYARAKAT DENGAN PIHAK KERAJAAN BAGI MENYELESAIKAN PELBAGAI ISU & MASALAH MASYARAKAT DI SETIAP NEGERI DAN DAERAH.

7. MENJALANKAN AKTIVITI KEMASYARAKATAN DENGAN PDRM DAN PENGGUATKUASA DI MALAYSIA SECARA BERKALA DI PERINGKAT PUSAT, NEGERI DAN DAERAH.

8. MEMBANTU GOLONGAN YANG KELUAR DARIPDA PENJARA DALAM MEMBERI MOTIVASI HIDUP & MEMBANTU MENCARI PELUANG PEKERJAAN AGAR MEREKA TIDAK KEMBALI KEPADA JENAYAH.

9. MEMBANTU GOLONGAN ASNAF LAPAN ATAU ORANG MISKIN, OKU DLL TANPA MENGIRA KAUM DI MALAYSIA.


LIRIK LAGU MUALANG MALAYSIA

ADAT DIJUNJUNG KALIMAH DIAGUNG,
MENJADI PEGANGGAN KAMI SEMUA,
BERSATU JAYA SENGSARA TIADA,
BERKAT DOA KESATUAN KITA,
PANDANGLAH DIRI PANDANG SEMUA,
PEDULI PERIHATIN ITULAH KITA,

MUALANG MUAFAKAT,
MUALANG TERBILANG,
MUAFAKAT TERBILANG,

KAMI SETIA,
KAMI SEDIA,
MENDUKUNG HASRAT MU,

KAMI TAAT,
KAMI REDHA,
KAMI BANGSA MALAYSIA,

CORUS…

ADAT DIJUNJUNG KALIMAH DIAGUNG,
MENJADI PEGANGGAN KAMI SEMUA,
BERSATU JAYA SENGSARA TIADA,
BERKAT DOA KESATUAN KITA,
PANDANGLAH DIRI PANDANG SEMUA,
PEDULI PERIHATIN ITULAH KITA,

MUALANG MUAFAKAT,
MUALANG TERBILANG,
MUAFAKAT TERBILANG,

KAMI SETIA,
KAMI SEDIA,
MENDUKUNG HASRAT MU,

KAMI TAAT,
KAMI REDHA,
KAMI BANGSA MALAYSIA,

MUALANG…


PENGERTIAN BENDERA DAN LOGO

BENDERA : WARNA MERAH MELAMBANGKAN KEKUATAN DAN KEBERANIAN DAN WARNA HITAM MELAMBANGKAN PERLINDUNGAN DAN KETEGASAN.

LOGO : PEDANG MELAMBANGKAN KEBERANIAN DAN DISIPLIN AHLI KEPADA PERTUBUHAN INI, SAYAP MENGAMALKAN SIFAT PERPADUAN DAN KEADILAN TIDAK MENGIRA JENIS ETNIK DALAM PERTUBUHAN INI, GENGAMAN TANGAN MENGAMALKAN SIKAP KERJASAMA TANPA MENGIRA KAUM, AGAMA, DARJAT, HARTA DAN PANGKAT, TULISAN JAWI KIRI DAN KANAN MERUPAKAN TULISAN MUALANG DALAM TERJEMAHAN JAWI DAN TIGA BINTANG KIRI DAN KANAN MELAMBANGKAN TIGA ETNIK TERBESAR DI MALAYSIA IAITU MELAYU, CINA DAN INDIA.



Comments

Popular posts from this blog

PERTUBUHAN MUALANG MALAYSIA YANG DIKETUAI OLEH TUAN RIZAL BERSAMA AHLI MUALANG HADIR MAJLIS JAMUAN MESRA SEMPENA MERAIKAN HARI KEPUTERAAN KE-61 DYMM TUANKU SULTAN JOHOR DI MUAR PADA 23-11-2019.

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN UNTUK WARGA ASNAF DI RESTORAN ABG VIRAL BUKIT GAMBIR, TANGKAK, JOHOR. TURUT HADIR TUAN YUNUS BAKRI (AMT MUALANG MALAYSIA PUSAT) PADA 25-11-2019 @ 09:00 MALAM.

MAJLIS TAHLIL & DOA SELAMAT ARWAH IBU KANDUNG TUAN HAJI JUAN (BENDAHARI MUALANG MALAYSIA) YANG DIADAKAN DI KEDIAMAN BELIAU TANJUNG SEPAT, KUALA LANGAT, SELANGOR PADA 09-11-2019 (SABTU) JAM 09:00 MALAM.