PERTUBUHAN MUALANG MALAYSIA MINTA KERAJAAN MENGKAJI SEMULA PENUBUHAN IPCMC.
PERTUBUHAN MUALANG MALAYSIA MINTA KERAJAAN MENGKAJI SEMULA PENUBUHAN IPCMC. Pihak Polis telah mengambil pelbagai langkah proaktif untuk memastikan Ancaman Keselamatan dan Ketenteraman Awam masyarakat dan negara terjamin melalui pelbagai program dan pendekatan yang telah dilakukan. Oleh itu, demi berlaku adil kepada kedua-dua belah pihak, maka sebarang langkah untuk mewujudkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) memerlukan satu kayu pengukur setara yang bukan sahaja boleh menilai perkhidmatan Polis dari sudut kuantiti, tetapi turut mengambil kira kualiti sebagai penunjuk aras. Sekiranya IPCMC tersebut masih hendak diteruskan, maka pihak kerajaan perlu mengambil kira Hak Asasi, Keadilan dan Kebajikan PDRM. Setelah ditelitikan, IPCMC sebenarnya tidak memberi keadilan yang sewajarnya dan menafikan Hak Asasi kepada Pegawai PDRM. Kewujudan IPCMC juga menjurus kepada pemantauan PDRM sahaja dan 21 agensi penguatkuasaan lain yang sebelum ini ada dalam Suruhanjaya Integriti Ag...