PERTUBUHAN MUALANG MALAYSIA MINTA KERAJAAN MENGKAJI SEMULA PENUBUHAN IPCMC.

Pihak Polis telah mengambil pelbagai langkah proaktif untuk memastikan Ancaman Keselamatan dan Ketenteraman Awam masyarakat dan negara terjamin melalui pelbagai program dan pendekatan yang telah dilakukan. Oleh itu, demi berlaku adil kepada kedua-dua belah pihak, maka sebarang langkah untuk mewujudkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) memerlukan satu kayu pengukur setara yang bukan sahaja boleh menilai perkhidmatan Polis dari sudut kuantiti, tetapi turut mengambil kira kualiti sebagai penunjuk aras. Sekiranya IPCMC tersebut masih hendak diteruskan, maka pihak kerajaan perlu mengambil kira Hak Asasi, Keadilan dan Kebajikan PDRM. Setelah ditelitikan, IPCMC sebenarnya tidak memberi keadilan yang sewajarnya dan menafikan Hak Asasi kepada Pegawai PDRM. Kewujudan IPCMC juga menjurus kepada pemantauan PDRM sahaja dan 21 agensi penguatkuasaan lain yang sebelum ini ada dalam Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) tidak dipantau lagi. Kenapa IPCMC tidak memantau keseluruhan Agensi Penguatkuasaan lain dan sebaliknya PDRM difokuskan dan dijadikan sebagai bahan uji kaji?
Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) turut melanggar segala prinsip dan keadilan kerana ia menghilangkan kuasa Peguam Negara dan Kuasa Mutlak Pendakwaan iaitu suatu kuasa yang tidak diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Tindakan tatatertib yang dijatuhkan terhadap Pegawai Polis juga tidak boleh dibuat rayuan dan menjadikan keputusan badan itu sebagai keputusan akhir atau muktamad melangari norma keadilan asasi. Dengan kata lain, pegawai polis dinafikan hak-hak asasinya. Kawalan tatatertib adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) sepertimana termaktub dalam peruntukkan Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan. Justeru penubuhan IPCMC ini boleh disifatkan bercanggah dengan perkara tersebut. Penubuhan IPCMC juga turut menghakiskan dan turut menghilangkan kuasa dan peranan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP), Ketua Polis Negara berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Akta Polis 1967 dan Jabatan Intergriti & Pematuhan Standard (JIPS) dalam mengendalikan hal-hal berkaitan Tatertib Pegawai Polis. IPCMC adalah satu Suruhanjaya yang tidak adil dan melemahkan PDRM secara keseluruhannya. Dalam keadaan normal sebagai seorang Pegawai Polis semasa menjalankan tugas penguatkuasaan undang-undang, kita terdedah dengan pelbagai ancaman fizikal mahupun secara tidak langsung melalui tohmahan / complaint yg tidak berasas dan sering dipandang negatif oleh segelintir masyarakat yang bermasalah, namun kepentingan perkhidmatan PDRM hakikatnya amat diperlukan oleh masyarakat dalam kehidupan seharian.
Pada masa sekarang, pelbagai Agensi Pengguatkuasa yang turut memantau salah laku Pegawai Polis seperti Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM, Urusetia KPN PDRM Bukit Aman, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Bar Council, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Biro Pengaduan Awam (BPA), pelbagai badan-badan NGO seperti SUARAM, HAKAM, MyWacht dan sebagainya, mahupun parti-parti politik dan lain-lain yang memainkan peranan dalam memastikan Polis melaksanakan tugas mengikut landasan yang betul. Agensi yang sedia ada sudah mencukupi untuk memantau pasukan polis, dengan kewujudan IPCMC ini memberi ruang seluasnya kepada orang luar untuk mendedahkan maklumat keselamatan yang ada pada Pihak Polis, isu keselamatan tidak boleh dipandang remeh kerana kekuatan dan kelemahan negara terletak pada pasukan keselamatan, tekanan IPCMC kepada pegawai polis akan memberi ruang kepada penjenayah untuk melakukan perbuatan jenayah dan memberi impak besar kepada keharmonian dan keamanan negara. Penubuhan Suruhanjaya IPCMC juga mempunyai pertindihan kuasa dengan Suruhanjaya / Jabatan yang sedia ada. Kami juga mohon diperkasakan bidang tugas Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) dan Jabatan Intergriti & Pematuhan Standard (JIPS) yang sedia ada dalam aspek kawalan salah laku dan tatatertib PDRM.
JIPS juga telah memainkan peranan yang cukup baik dalam melaksanakan Siasatan yang telus dan adil berkaitan dengan salah laku dan perlanggaran tatatertib dalam PDRM. JIPS juga tidak berkompromi dalam mengambil tindakan tatatertib dengan mengambil tindakan buang kerja dan lain-lain hukuman yang telah diberikan kepada Pegawai Kerajaan seharusnya menerokai permasalahan Pasukan Polis dengan mencari solusi dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi termasuk memperkasakan PDRM termasuk Bahagian BAKA, JIPS untuk memantap kerohanian dan sahsiah setiap Pegawai Polis agar bekerja dengan penuh iltizam, berintegriti, komited, jujur dan amanah dengan tugas dan tanggungjawab yang diberikan.
IPCMC juga merupakan satu badan bebas yang terdiri daripada orang awam dengan diberi kuasa untuk masuk ke dalam PDRM dan diberi kuasa untuk memantau, meneliti, menyelidik, menerobosi dan menyusuri melalui fizikal mahupun sistem perhubungan media termasuk segala Fail-Fail Sulit, Rahsia Operasional Kepolisan, Rahsia Keselamatan Negara yang dikategorikan sebagai Rahsia Besar / Cicero atas alasan mencari salah laku pegawai polis. Banyak sekali isu-isu berkenaan penjenayah diberi pembelaan dan Pegawai Polis dikenakan tindakan tatatertib, termasuk buang kerja dan secara tidak langsung membuatkan penjenayah akan terus bermaharajalela serta melakukan aktiviti jenayah tanpa menghiraukan tindakan undang-undang. Apatah lagi undang-undang prevantif akan dikaji untuk melemahkan kuasa polis; dan penjenayah boleh gunakan IPCMC sebagai alat melemahkan Pasukan Polis. Dengan kewujudan IPCMC ini, Pegawai Polis di lapangan akan bertugas dalam situasi Play Safe dan tertekan kerana dibimbangi dengan tohmahan, melanggar prosedur dan peraturan yang mungkin diambil tindakan oleh pihak IPCMC untuk menjalankan siasatan tatatertib. Ini akan memberi kesan yang sangat serius ke atas isu keselamatan negara yang dipertanggungjawabkan ke atas PDRM.
Kuasa IPCMC boleh melakukan pemitasan komunikasi dalam apa jua bentuk boleh menimbulkan komplikasi kerana ia bercanggah dengan prinsip undang-undang yang hanya membenarkan pemitasan tersebut khususnya untuk keselamatan Negara dan kes-kes jenayah yang berbentuk ancaman dan bukan soal salah laku sahaja. Ini boleh menjejaskan keselamatan Negara dan kedaulatan undang-undang yang didukung oleh PDRM. Penubuhan IPCMC dilihat sebagai retorik politik yang dituntut oleh NGO-NGO tertentu yang mempunyai agenda tersendiri yang menjurus untuk melemahkan fungsi dan peranan PDRM melalui undang-undang yang diwujudkan. Walaupun ia terkandung dalam manifesto, ada lagi janji-janji yang lebih besar dan berkepentingan umum tetapi tidak dilaksanakan. Penubuhan IPCMC juga boleh membuka ruang kepada individu yang tidak berpuashati membuat tohmahan. Siasatan IPCMC ke atas semua aduan-aduan yang termasuk yang tidak mempunyai asas fakta dan perincian akan menjejaskan proses siasatan polis dan memberi impak menjatuhkan moral kepada Pegawai Penyiasat.
IPCMC merupakan satu badan yang ditubuhkan akan merugikan pihak kerajaan kerana PDRM sudah pun mempunyai Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP), Jabatan Integriti & Pematuhan Standard (JIPS) dan Urus setia KPN PDRM. Kerajaan harus sedar bahawa kesusahan dan kebajikan Pegawai Polis seharusnya diberi keutamaan dengan memastikan semua keperluan asas telah mencukupi untuk Pegawai Polis melaksanakan tugas harian. Masih banyak lagi keperluan Pegawai Polis yang tidak mencukupi seperti kemudahan berek, kenderaan lusuh, senjata api terkini, bekalan kertas, komputer, printer dan lain-lain. Kerajaan hendaklah mengutamakan keperluan Logistik dan Kebajikan melibatkan Pegawai Polis dan Keluarganya sebagai pemangkin semangat kerja dengan memperuntukkan sokongan kewangan dan prasarana selayaknya termasuk emolumen, elaun dan latihan ke arah pemodenan PDRM. Saya yakin dengan tertubuhnya IPCMC maka Pegawai Polis akan mengambil langkah “SELAMAT” (Kerja Patut-Patut) atau pilihan terakhirnya “pencen awal”.
Oleh:
Ahli Majlis Tertinggi MUALANG MALAYSIA
Persatuan Kebajikan Muafakat Terbilang Malaysia (MUALANG MALAYSIA)
Kuala Lumpur, Malaysia
21 Mac 2019 (Khamis) @ 03:00 Petang
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1556175177849291&id=870175609782588

Comments
Post a Comment