Viral video maki anggota PDRM : Mualang Melaka buat laporan polis.

Viral video maki anggota PDRM : Mualang Melaka buat laporan polis.

TANJUNG MINYAK 28 Feb. – Jawatankuasa Pertubuhan Kebajikan Muafakat Terbilang Malaysia (Mualang) Negeri Melaka membuat laporan polis berkaitan video viral membabitkan seorang individu memaki anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Laporan polis yang dibuat di Balai Polis Tanjung Minyak pada Rabu lalu itu diketuai Pengerusi Mualang Melaka, Mohd Rizal Hassan bersama Bendaharinya, Nor Farizah Jaafar dan Penolong Setiausaha Mualang Melaka, Mizuan Mansor.

Laporan polis tersebut dibuat terhadap individu yang dikenali sebagai Ganes Paran a/p Nadaraja.

Menerusi video terbabit, Ganes didakwa telah menghina dan memaki PDRM dengan mengeluarkan kata-kata kesat.

Beliau yang juga anggota Sukarelawan PDRM Melaka rasa tidak berpuas hati dengan penghinaan dilemparkan dan meminta pihak polis membuat siasatan.

“Saya minta polis mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang negara ke atas lelaki terbabit agar menjadi pengajaran serta tidak menjadi ikutan kepada remaja lain di masa depan,” tegas Mohd Rizal.

http://dlvr.it/QzrynH


Comments

Popular posts from this blog

LAWATAN AHLI-AHLI PERTUBUHAN MUALANG MALAYSIA KE RUMAH DODOL, PASIR MAS, KELANTAN PADA 30-10-2019 @ 02:00.

KEHADIRAN AHLI-AHLI PERTUBUHAN MUALANG NEGERI KELANTAN DAN PERTUBUHAN MUALANG NEGERI MELAKA KE MAJLIS KENDURI ANAK KANDUNG AYAHANDA ROMZI (PEKIDA PASIR MAS) DI KAMPUNG KUBANG BEMBAN, PASIR MAS, KELANTAN PADA 02-03-2019 (SABTU).