MASALAH KERAKYATAN YANG SERIUS (STATELESS).
MASALAH KERAKYATAN YANG SERIUS (STATELESS).
MUALANG MALAYSIA NEWS
28-09-2019 (SABTU)
ISU RAKYAT TANPA KERAKYATAN (STATELESS) BUKAN PERKARA BARU DI NEGARA INI DAN TELAH MENYEBABKAN INDIVIDU TERBABIT SUKAR MENDAPATKAN PEMBELAAN DAN HAK SEWAJARNYA DI SISI UNDANG-UNDANG.
SELAIN DINAFIKAN HAK MENDAPATKAN PENDIDIKAN YANG SEMPURNA, MEREKA JUGA BERDEPAN DENGAN PELBAGAI MASALAH UNTUK MENDAPATKAN PEKERJAAN, CARUMAN KESELAMATAN SOSIAL, MEMILIKI AKAUN BANK, KESIHATAN, PENDIDIKAN, PERKAHWINAN, PERGERAKAN YANG TERBATAS DAN SEBAGAINYA. KEADAAN INI SEKALIGUS MAMPU MEMBERI KESAN SOSIAL TERHADAP MASYARAKAT NEGARA INI.
FAKTOR DISEBABKAN LEWAT MENDAFTAR ANAK DI JABATAN PENDAFTARAN NEGARA (JPN) KERANA FAKTOR KEMISKINAN, TIADA KENDERAAN BAGI MEREKA YANG MENETAP DI PEDALAMAN DAN KURANG KESEDARAN UNTUK MENDAFTARKAN ANAK DAN MENDAPATKAN SIJIL LAHIR. SELAIN ITU ANTARA MASALAH YANG TURUT MENYUMBANG KEPADA ISU INI IALAH LAMBAT MENDAFTARAKAN KELAHIRAN, LAMBAT MENDAFTARKAN PERKAHWINAN MESKI PUN ANAK MEMILIKI SIJIL KELAHIRAN, ANAK DIJAGA OLEH PIHAK KETIGA TANPA SIJIL KELAHIRAN, PERPISAHAN ANTARA IBU DAN AYAH DAN SEBAGAINYA. TERDAPAT JUGA BANYAK KES DI MANA ORANG ASAL YANG TINGGAL DI PEDALAMAN GAGAL MEMPEROLEH KERAKYATAN.
KAMI BERHARAP, DALAM PERKARA INI KITA PERLU MELIHAT DARI SUDUT KEMANUSIAAN. APAPUN MASALAH YANG BERLAKU KEPADA ANAK DAN INDIVIDU ITU, KERAJAAN PERLU MEMPERMUDAHKAN KERAKYATAN KEPADA MEREKA. TANPA DOKUMEN YANG SAH, MASA DEPAN ANAK-ANAK INI AKAN GELAP DAN AKHIRNYA MEMBERI KESAN LANGSUNG KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA.
PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BERGERAK OLEH JPN MEMBOLEHKAN PROSES PERMOHONAN DAFTAR SIJIL KELAHIRAN LEWAT DAPAT DILULUSKAN DALAM TEMPOH SINGKAT. PERKHIDMATAN INI MEMUDAHKAN PENDUDUK DI PEDALAMAN ATAU TEMPAT BERKAITAN MEMPEROLEH DOKUMEN PENGENALAN DIRI SETELAH GAGAL BERBUAT DEMIKIAN DISEBABKAN OLEH MASALAH KEWANGAN DAN LOKASI KAMPUNG YANG JAUH DARI PEJABAT JPN.
TERDAPAT 100 ORANG INDIVIDU YANG DILAPORKAN SEHINGGA HARI INI YANG TINGGAL DI KLANG SELANGOR MEMPUNYAI MASALAH KERAKYATAN. SAYA PERCAYA BAHAWA MASIH TERDAPAT RAMAI LAGI INDIVIDU YANG MASIH MEMPUNYAI MASALAH KERAKYATAN SEPERTI INI TERUTAMA MELIBATKAN RAKYAT SABAH TERMASUK YANG MENETAP DI SEKITAR NEGERI SELANGOR, KUALA LUMPUR DAN LAIN-LAIN. SATU LAPORAN POLIS JUGA TELAH DIBUAT MELIBATKAN 100 PENAMA TERSEBUT BAGI PERINGKAT PERTAMA UNTUK TINDAKAN LANJUT OLEH PIHAK BERWAJIB DALAM MENYELESAIKAN MASALAH KERAKYATAN INI.
OLEH: PERTUBUHAN KEBAJIKAN MUAFAKAT TERBILANG MALAYSIA @ MUALANG MALAYSIA.
Slm satu hati .. Betul tu ..family mertua sy ditawau sabah urus ank nya biarpun ada kad klinik yg sah tapi masih tiada ic smpi sekarang..interview sudah,bawa bidan dan saksi waktu kelahiran dikampung pun sudah di jpn..org kampung sana banyak susah tiada duit pendapatan yg banyak ..jpn tawau tolak kk...pergi jpn kk dia kata tunggu jpn tawau...lari sana sini mcm bola buat habis duit tambang jer...ank pun dh besar masuk umur 20 tahun.. Ank Susah mahu kerja dan nk berkahwin pun susah.
ReplyDelete