Ramai rakyat Sabah dinafikan kad pengenalan.

Ramai rakyat Sabah dinafikan kad pengenalan. 

AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI
28 September 2019 4:33 PM

KLANG - Ramai rakyat Sabah didakwa dinafikan mendapatkan kad pengenalan walaupun mempunyai sijil kelahiran yang sah. 

Ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan Kebajikan Muafakat Terbilang Malaysia (Mualang Malaysia), Arfa Bancho berkata, situasi itu telah menyukarkan mereka hingga berdepan pelbagai masalah seperti pendidikan, pekerjaan dan perkahwinan. 

Dakwanya, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah didapati memberikan pelbagai alasan remeh walaupun lulus ujian kerakyatan. 

"Ada di antara mangsa diminta membayar RM500 hingga RM1,000 bagi tujuan pemprosesan kad pengenalan bergantung kepada lokasi pejabat JPN itu berada. 

"Keadaan ini seterusnya mengakibatkan mereka termasuk yang telah berada di sini untuk keluar daripada kerana bimbang ditahan pihak berkuasa," katanya pada sidang akhbar di Apartment Sri Angkasa, Taman Bayu di sini hari ini.

Menurut Arfa, kerenah birokrasi turut menyebabkan rata-rata etnik Bugis terpaksa berulang alik dari JPN Putrajaya hingga ke JPN Sabah. 

Ujarnya, dianggarkan kira-kira 10,000 warga Sabah berada di Lembah Klang ketika ini. 

"Justeru itu, seramai 100 orang telah hadir ke Balai Polis Klang Selatan untuk membuat laporan polis bagi tindakan selanjutnya pihak berwajib. 

"Kita turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat perkara ini terutama di JPN Sabah," katanya. 

Sementara itu, salah seorang mangsa iaitu Adzara Amir, 61, berkata, dia berdepan kesulitan untuk berurusan bagi mendapatkan kad pengenalan empat orang cucunya. 

"Seorang cucu saya berusia 15 tahun sepatutnya menduduki ujian Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), namun terpaksa berhenti sekolah kerana tidak memiliki kad pengenalan.

"Saya sudah pergi ke JPN Sandakan, JPN Semporna, JPN Tawau dan JPN Putrajaya.Namun, semuanya tidak terima dan saya diibaratkan 'bola' yang ditolak ke sana sini," katanya. - K! ONLINE

 https://www.kosmo.com.my/negara/ramai-rakyat-sabah-dinafikan-kad-pengenalan-1.978259


























Comments

Popular posts from this blog

PERTUBUHAN MUALANG MALAYSIA YANG DIKETUAI OLEH TUAN RIZAL BERSAMA AHLI MUALANG HADIR MAJLIS JAMUAN MESRA SEMPENA MERAIKAN HARI KEPUTERAAN KE-61 DYMM TUANKU SULTAN JOHOR DI MUAR PADA 23-11-2019.

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN UNTUK WARGA ASNAF DI RESTORAN ABG VIRAL BUKIT GAMBIR, TANGKAK, JOHOR. TURUT HADIR TUAN YUNUS BAKRI (AMT MUALANG MALAYSIA PUSAT) PADA 25-11-2019 @ 09:00 MALAM.

MAJLIS TAHLIL & DOA SELAMAT ARWAH IBU KANDUNG TUAN HAJI JUAN (BENDAHARI MUALANG MALAYSIA) YANG DIADAKAN DI KEDIAMAN BELIAU TANJUNG SEPAT, KUALA LANGAT, SELANGOR PADA 09-11-2019 (SABTU) JAM 09:00 MALAM.