Posts

Showing posts from September, 2019

MASALAH KERAKYATAN YANG SERIUS (STATELESS).

Image
MASALAH KERAKYATAN YANG SERIUS (STATELESS). MUALANG MALAYSIA NEWS 28-09-2019 (SABTU) ISU RAKYAT TANPA KERAKYATAN (STATELESS) BUKAN PERKARA BARU DI NEGARA INI DAN TELAH MENYEBABKAN INDIVIDU TERBABIT SUKAR MENDAPATKAN PEMBELAAN DAN HAK SEWAJARNYA DI SISI UNDANG-UNDANG. SELAIN DINAFIKAN HAK MENDAPATKAN PENDIDIKAN YANG SEMPURNA, MEREKA JUGA BERDEPAN DENGAN PELBAGAI MASALAH UNTUK MENDAPATKAN PEKERJAAN, CARUMAN KESELAMATAN SOSIAL, MEMILIKI AKAUN BANK, KESIHATAN, PENDIDIKAN, PERKAHWINAN, PERGERAKAN YANG TERBATAS DAN SEBAGAINYA. KEADAAN INI SEKALIGUS MAMPU MEMBERI KESAN SOSIAL TERHADAP MASYARAKAT NEGARA INI. FAKTOR DISEBABKAN LEWAT MENDAFTAR ANAK DI JABATAN PENDAFTARAN NEGARA (JPN) KERANA FAKTOR KEMISKINAN, TIADA KENDERAAN BAGI MEREKA YANG MENETAP DI PEDALAMAN DAN KURANG KESEDARAN UNTUK MENDAFTARKAN ANAK DAN MENDAPATKAN SIJIL LAHIR. SELAIN ITU ANTARA MASALAH YANG TURUT MENYUMBANG KEPADA ISU INI IALAH LAMBAT MENDAFTARAKAN KELAHIRAN, LAMBAT MENDAFTARKAN PERKAHWINAN MESKI PUN A...

Ramai rakyat Sabah dinafikan kad pengenalan.

Image
Ramai rakyat Sabah dinafikan kad pengenalan.  AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI 28 September 2019 4:33 PM KLANG - Ramai rakyat Sabah didakwa dinafikan mendapatkan kad pengenalan walaupun mempunyai sijil kelahiran yang sah.  Ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan Kebajikan Muafakat Terbilang Malaysia (Mualang Malaysia), Arfa Bancho berkata, situasi itu telah menyukarkan mereka hingga berdepan pelbagai masalah seperti pendidikan, pekerjaan dan perkahwinan.  Dakwanya, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah didapati memberikan pelbagai alasan remeh walaupun lulus ujian kerakyatan.  "Ada di antara mangsa diminta membayar RM500 hingga RM1,000 bagi tujuan pemprosesan kad pengenalan bergantung kepada lokasi pejabat JPN itu berada.  "Keadaan ini seterusnya mengakibatkan mereka termasuk yang telah berada di sini untuk keluar daripada kerana bimbang ditahan pihak berkuasa," katanya pada sidang akhbar di Apartment Sri Angkasa, Taman Bayu di sini hari ini. Me...

RAKYAT SABAH DAKWA DINAFIKAN HAK MILIKI MYKAD.

Image
RAKYAT SABAH DAKWA DINAFIKAN HAK MILIKI MYKAD. MUHAMMAD AFHAM RAMLI | | 28 September 2019. KLANG - Pertubuhan Kebajikan Muafakat Terbilang Malaysia (Mualang Malaysia) menuntut pembelaan terhadap rakyat Sabah yang didakwa dinafikan hak untuk mendapatkan MyKad biarpun memiliki sijil kelahiran yang sah. Ahli Majlis Tertingginya, Arfa Bancho berkata, beliau menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) khususnya di Sabah kerana berlaku perkara sedemikian. Menurutnya, kebanyakan mereka masih gagal memperoleh MyKad biarpun terpaksa berulang-alik dari Sabah ke JPN Putrajaya. "Kesukaran tiada MyKad menyebabkan rata-rata etnik Bugis ini terpaksa berdepan pelbagai masalah seperti pendidikan, pekerjaan dan perkahwinan. Malah ada antara kami di sini takut untuk keluar rumah kerana bimbang ditahan pihak berkuasa. "Tidak nafikan ada antara kami hingga meminjam wang ribuan ringgit d...

MAJLIS SANTAI MUALANG NEGERI KELANTAN BERSAMA AMT PUSAT DI MEDAN SELERA PANTAI BACHOK KELANTAN PADA 28-09-2019 @ 09:00 MALAM.

Image
MAJLIS SANTAI MUALANG NEGERI KELANTAN BERSAMA AMT PUSAT DI MEDAN SELERA PANTAI BACHOK KELANTAN PADA 28-09-2019 @ 09:00 MALAM. BY: PERTUBUHAN KEBAJIKAN MUAFAKAT TERBILANG MALAYSIA @ MUALANG MALAYSIA. #MualangMalaysia #MualangNegeriKelantan https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1717022108431263&id=870175609782588